Trending

Video Kebakaran Di Kuantan Yang Mengorbankan Seorang Ibu Dan Dua Anak

Reading Time: < 1 minute

Seorang ibu dan dua anak lelakinya maut dalam satu kebakaran yang berlaku di Perkampungan Sungai Isap 2, Kuantan. Siasatan awal mendapati tiga mangsa berada di bilik belakang rumah mereka dan dipercayai sedang tidur ketika kejadian manakala lima lagi penghuni berjaya keluar. 

Menerusi laporan Harian Metro, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata panggilan diterima pihak bomba sekitar 7.47 pagi sebelum dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian.  

Dua jentera bersama 17 pegawai dan anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit selepas menerima panggilan… sebaik tiba di lokasi, kami dapati dua unit kediaman mengalami kebakaran 80 peratus dan operasi memadamkan dilakukan segera bagi mengelak api marak ke unit kediaman berhampiran.

“Pegawai dan anggota kita berjaya mengawal kebakaran kira-kira 20 minit kemudian dan pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat tiga mangsa terperangkap dalam bilik belakang kediaman berkenaan.

Sementara itu empat mangsa yang turut cedera kerana terkena sambaran api kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan keterangan mereka akan diambil bagi membantu siasatan.

Mangsa yang terkorban dikenali Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, Muhammad Haikal Hakimi Hairol, 11, dan Muhamamd Adam Daniel, 7.

Takziah utk keluarga yg terlibat .. kebakaran pagi tadi .. sorang ibu n 2 anak meninggal.. dekat ngan rumah ma n abah ciksue ..

Posted by Ciksue Suzrynn on Sabtu, 20 Julai 2019

Sumber: Harian Metro