Video Popular

Tonton Trailer Rasmi Filem Superhero Terhebat Indonesia, Gundala

Reading Time: < 1 minute

Selepas hanya berkongsi teaser trailer tiga bulan lalu, filem superhero Indonesia, Gundala akhirnya bakal ditayangkan di pawagam negara itu mulai 29 Ogos 2019. Filem arahan pengarah tersohor Joko Anwar ini dijangka mencipta fenomena berdasarkan respon awal yang diterima oleh peminat filem Indonesia. Gundala digambarkan sebagai seorang superhero yang mempunyai kuasa petir. 

Pelakon berbakat Malaysia, Bront Palarae sekali lagi diberi kepercayaan memegang salah satu watak penting di dalam filem tersebut setelah berjaya menerusi Pengabdi Setan.  Jom saksikan trailer terbaru filem ini! 

Trailer Filem Gundala