Trending

[TERKINI] Video Gajah Dilanggar Lori Treler Di Terengganu, Saksi Cerita Detik Cemas

Reading Time: < 1 minute

Beberapa video seekor gajah dipercayai dilanggar oleh sebuah lori treler tular di laman media sosial ketika ini. Menurut info awal yang diterima, kejadian itu berlaku Lebuhraya Kuala Berang – Aring dekat Kenyir Terengganu pada malam Ahad.

Menerusi video berdurasi 40 saat itu, kedengaran beberapa orang penduduk tempatan dengan loghat pantai timur memberitahu lori tersebut melanggar seekor gajah sehingga haiwan tersebut terperosok ke bawah lori.

Sebuah lori melanggar gajah liar malam tadi di km 10 lebuhraya kuala berang aring.#infobencanaterengganu

Posted by Info Bencana Terengganu on Ahad, 28 Julai 2019

Keadaan haiwan itu yang tersangkut di bawah lori menyebabkan orang ramai terpaksa menarik gajah tersebut yang diikat kaki menggunakan bantuan treler lain. Gajah tersebut dikatakan mati sebaik dilanggar.

Posted by Dani Al-Dani on Ahad, 28 Julai 2019

Sementara itu seoranga pengguna Facebook, Syaifuddin Nasri bercerita detik cemas apabila dirinya bertembung dengan beberapa ekor gajah yang berada di atas jalan raya sebelum dilanggar treler. Menurut Syaifuddin, selepas kejadian dia mengambil keputusan untuk beredar kerana bimbang akan keselamatan dirinya.