Trending

Tak Sempat Bawa Ma Tunai Umrah – Ibu Issey Meninggal Dunia

Reading Time: < 1 minute

Ibu kepada penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham meninggal dunia petang semalam selepas dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung. Menerusi akaun media sosial miliknya, Issey memberitahu arwah ibunya sebelum ini dtahan tiga hari di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian akibat demam dan tekanan darah tinggi.

View this post on Instagram

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Sementara itu di ruangan insta story, Issey berkongsi perjalanan terakhir ibunya sebelum selamat dikebumikan di Batu 11 Ketereh, Kelantan malam semalam. Issey turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat membawa ibunya menunaikan umrah hujung tahun nanti.

Salam takziah buat Issey dan keluarga. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.