Trending

Siapa Suruh Kau Kahwin Lain! Isteri Siram Suami Dengan Air Panas Sampai Mati Di Indonesia

Reading Time: < 1 minute

Kecewa suami kahwin lain secara senyap-senyap, seorang isteri nekad menyiram air panas ke atas suaminya yang sedang nyenyak tidur. Kejadian yang berlaku di Makassar Indonesia itu menjadi topik hangat di negara berkenaan sejak beberapa hari yang lalu.

Suspek yang dikenali sebagai Aminah dipercayai telah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun bersama suaminya. Menerusi laporan tribunnews, suaminya dikatakan telah membawa pulang isteri kedua untuk diperkenalkan kepada Aminah. Sejurus isteri kedua pulang, suaminya yang sedang tidur disiram air panas.

Saat saya angkat ini air, amarah campur sakit hati muncul dan gelap mata langsung menumpahkan air tersebut ketubuh suami saya sendiri yang masih tidur.

Menurut Aminah, dia sangat kecewa kerana suaminya jarang memberi nafkah malah mangsa turut meminta wanita terbabit meminjam wang daripada jiran tetangga.

Suaminya yang melecur hampir diseluruh badan dikejarkan ke hospital daerah Padjonga Dg Ngalle, Kabupaten Takalar untuk menerima rawatan. Pihak keluarga membawa pulang untuk mendapatkan rawatan namun ianya tidak berjaya sebelum disahkan meninggal dunia.

Sumber: Tribunnews