Trending

Saya Terpaksa Hadapi Kejahatan, Tipu Daya & Hasad Dengki – Rihana Oksana

Reading Time: < 1 minute

Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V telah sah bercerai talak tiga dengan Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana pada Jun lalu. Perkara ini disahkan sendiri oleh Peguam Sultan Muhammad V tempoh hari.

Rihana menerusi satu entri terbaru di akaun Instagram miliknya meluahkan rasa terharu terhadap sokongan yang diterima daripada orang ramai khususnya rakyat Malaysia.

Walaupun diuji dengan pelbagai ujian kebelakangan ini, Rihana positif dengan apa yang berlaku malah akan cuba yang terbaik untuk membesarkan anaknya Tengku Ismail Leon Petra yang kini berusia 2 bulan.

Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua.

Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki. Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini.

View this post on Instagram

Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir…dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran! Saya masih tidak percaya yang saya menerima bergitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Daripada seluruh pelusuk dunia! Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya – seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza. Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua. Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki. Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini. Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan . Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya. Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur. Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku! P.S. Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku.❤️

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Beberapa hari selepas berita perceraian itu disahkan, Rihana bertindak memuatnaik satu video romantis bersama bekas suaminya. Video temuramah itu mendapat lebih 877 ribu tontonan di Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Sumber: Rihana Petra