Hiburan

Saya Ada Bercakap Dari Hati Ke Hati Tapi Mawar Tetap Mahu Berpisah – Ibu Fizo Omar

Reading Time: < 1 minute

Pasangan Fizo Omar dan Mawar sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai. Pasangan itu bagaimanapun mengambil pendekatan positif tidak mahu menuding jari kepada sesiapa di atas perpisahan itu.

Ibu Fizo, Hasnah Jidin bagaimanapun meluahkan rasa terkilan dan sedih kerana dituduh menjadi punca perceraian anaknya itu. Spekulasi yang tersebar di media sosial itu membuatkan Hasnah kecewa.

Memetik laporan Berita Harian, Hasnah memberitahu dirinya ada berjumpa dengan Mawar dari hati ke hati setelah mengetahui mereka berdua mahu berpisah namun Mawar tetap dengan keputusannya.

Ketika mereka nak berpisah, saya ada bercakap dari hati ke hati dengan Mawar, tetapi dia tetap mahu berpisah dengan Fizo.

Saya tidak pernah menghasut Fizo dengan perkara yang bukan-bukan. Saya selalu menasihatkan mereka jika ada masalah timbul

Tambah Hasnah, dia tidak pernah mencampuri urusan perkahwinan anaknya itu walaupun tinggal sembumbung bersama mereka.

Atas persetujuan bersama, saya duduk sebumbung dengan mereka selepas berkahwin, tetapi bukan sepenuhnya.

Saya berulang alik ke rumah anak yang lain juga. Bagaimanapun, saya tinggal di rumah lain, sejak enam bulan lalu. untuk memberikan ruang privasi sebelum mereka bercerai.

Sumber: Berita Harian