Makanan

Resepi Oden Ala Family Mart. Boleh Makan Banyak-Banyak Sampai Kenyang!

Reading Time: < 1 minute

Setiap kali berkunjung ke Family Mart, antara makanan yang wajib beli semestinya oden mereka. Untuk membeli oden ini, anda perlu membeli set permulaan yang berharga RM3 dan seterusnya barulah boleh menambah makanan yang lain.

Kalau nak makan banyak, memang mahal lah sikit. Menerusi group Masak Apa Hari Ini di Facebook, seorang ahli group itu berkongsi resepi oden yang simple dan korang sendiri boleh buat. Boleh makan puas-puas!

Bahan-bahan:

  •  Perencah Tomyam Kung Adabi- 1 paket
  • Perencah Tomyam Biasa Adabi- 1 paket
  • Perencah Asam Pedas Adabi- 2 paket (nak baig kuah pekat sikit)
  • Kiub pati ayam – 1 pcs
  • Bahan Oden (guna steamboat choice je macam2 ada dalam tu
  • Sosej
  • Steamboat fish bean curd ( puchok)
  • Udang (optional)
  • Sayur brokoli & cendawan enoki
  • Garam (optional)
  • Limau nipis (optional)

Cara-cara:

  • Didihkan air dalam periuk
  • Masukkan kedua-dua perencah tomyam, asam pedas & kiub pati ayam tomyam ke dalam air mendidih
  • Boleh perasakan dgn garam dan perah limau nipis jika tak cukup rasa
  • Masukkan bahan-bahan steamboat yg telah dicucuk, udang dan sayur ke dalam kuah sehingga masak & sedia untuk dimakan

Selamat Mencuba!

Sumber: Azmiza osman