Trending

Rashford, Greenwood Bantu Manchester United Benam Leeds 4-0 Di Australia

Reading Time: < 1 minute

Mason Greenwood dan Marcus Rashford masing-masing meledak satu gol pada separuh masa pertama bagi membantu Manchester United menewaskan Leeds dalam siri jelajah Australia. Sementara itu, pemain yang baru dibeli dari Crystal Palace, Aaron Wan-Bissaka tidak menunggu lama untuk mempamerkan aksi cemerlang apabila membuat umpanan cantik sebelum disudahkan Greenwood.

Separuh masa pertama menyaksikan Manchester United mendominasi perlawanan dengan asakan bertali arus namun beberapa percubaan sekadar terkena tiang gol termasuklah tendangan leret dari pemain lincah, Daniel James.

Pengurus pasukan Ole Gunnar Solskjaer membuat 11 pertukaran pada separuh masa kedua diketuai Tahith Chong, Anthony Martial dan Gomes di bahagian serangan.

Tandukan Phil Jones dan tendangan penalti Martial pada separuh masa kedua melengkapkan kemenangan pasukan itu yang akan ke Singapura untuk bertemu Inter Milan.