Hiburan

Pelakon Popular Cekik Leher, Pukul Bekas Tunang Tak Puas Hati Dituduh Jalin Hubungan Sejenis

Reading Time: < 1 minute

Berang dituduh mempunyai hubungan sesama jenis, seorang pelakon lelaki yang baru sahaja dilaporkan putus tunang beberapa hari lalu bertindak memukul bekas tunangnya yang juga seorang pelakon.

Menerusi laporan Berita Harian, pelakon yang berumur 27 tahun itu melakukan perbuatan tersebut pada bulan lalu namun bekas tunangnya baru sahaja melaporkan kepada pihak polis kerana mahu menyelesaikan dengan cara baik.

Pelakon terbabit yang popular menerusi beberapa filem telah datang ke rumah bekas tunangnya pada 26 Jun lalu sebelum didakwa memaksa wanita itu masuk ke kereta dan terus memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

Kejadian berpunca berpunca daripada pengadu (bekas tunang) yang meminta suspek untuk tidak meneruskan hubungan sejenis dengan rakannya.

Suspek yang marah, bertindak mencekik leher, menumbuk muka dan mencengkam mata serta menumbuk mulut pengadu hingga berdarah.

Pengadu ada mengambil gambar tetapi dipadam suspek selain diugut. Suspek kemudian memutuskan pertunangan mereka pada malam 21 Julai lalu.

Selepas ditahan pada Sabtu lalu, pelakon itu bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil. Tunangnya itu ada membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Serdang namun tiada kesan kecederaan ditemui berikutan kejadian sudah lama berlaku.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja selain melakukan ugutan.

Sumber: Berita Harian