Trending

Pelajar Praktikal Di Bawah Semua Kementerian & Agensi Kerajaan Akan Dapat Elaun – Syed Saddiq

Reading Time: < 1 minute

Kabinet hari ini bersetuju untuk mewajibkan kembali bayaran elaun kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang menjalani latihan praktikal di bawah agensi kerajaan.

Pengumuman itu dilakukan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Syadiq Syed Abdul Rahman menerusi satu posting terbaru di akaun media sosial miliknya.

We did it! Alhamdulillah. Kita bermula dengan paid-internship di semua kementerian & agensi kerajaan. #PaidInternship

Posted by Syed Saddiq Syed Abdul Rahman on Rabu, 24 Julai 2019

Beberapa hari lalu media melaporkan Syed Syadiq mengemukakan cadangan supaya pelajar institusi pengajian tinggi yang menjalani latihan praktikal di industri mendapat bayaran elaun menerusi sesi Kabinet khas bagi membincangkan isu berkaitan anak muda.

Cadangan ini disambut baik oleh belia terutamanya para penuntut institusi pengajian tinggi yang berpendapatan bayaran elaun yang diterima sedikit sebanyak mampu meringankan beban mereka sepanjang praktikal.

Syed Saddiq dalam satu kenyataan turut berharap agar dasar ini dapat dituruti dan dilakukan oleh sektor awam dan swasta.

Ini adalah permulaan kepada dasar untuk mewajibkan latihan berbayar dan saya berharap ianya akan ditetapkan sebagai satu standard di Malaysia yang merentas sektor awam dan swasta.

[ReviewDisclaimer]

Sumber: KBSMalaysia