Hiburan

Neelofa Mohon Maaf Rakam Babak Lion King Dalam Pawagam, Sebar Di Instagram Stories

Reading Time: 2 minutes

Tindakan Neelofa merakam dan memuatnaik beberapa babak filem Lion King ke ruangan insta story miliknya mengundang kemarahan orang ramai. Jika sabit kesalahan, Neelofa boleh dikenakan tindakan kerana melanggar undang-undang berkaitan hak cipta dan harta intelek. Perkara ini disedari oleh seorang pengguna Twitter yang bertindak berkongsi tentang perkara itu kepada pihak TGV Cinemas dan GSC Cinemas.

Selepas menerima pelbagai respon daripada netizen, Neelofa bagaimanapun meminta maaf menerusi laman sosial miliknya. Menurut Neelofa, dirinya tidak mempunyai niat untuk melanggar undang-undang berkaitan hak cipta, apatah lagi sebagai artis dia sangat menghormati akan harta intelek. Tambah Neelofa lagi, dia terlalu teruja menonton filem ini sehingga tidak sedar tindakan memuatnaik babak filem itu ke akaun Instagram menyalahi undang-undang.

GSC Cinemas menerusi akaun Twitter rasmi miliknya memaklumkan sudah membuat aduan kepada penerbit filem Lion King iaitu Disney untuk tindakan lanjut. Menerusi carian kami di Instagram, Neelofa telah pun memadam permohonan maaf tersebut.

Trailer filem Lion King