Trending

Muhasabah, Cermin Muka Dia Dulu – Azmin Ali Respon Saranan Bercuti Anwar Ibrahim

Reading Time: < 1 minute

Saranan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Timbalannya bercuti sekiranya terbukti terlibat dalam video intim yang tular baru-baru ini ditemplak Datuk Seri Azmin Ali.

Ketika ditanya media tentang perkara ini, Azmin secara bersahaja meminta Anwar muhasabah, cermin diri terlebih dahulu.

Baca gerak bibir saya. Beritahu dia (Anwar), dia patut lihat dirinya dalam cermin.

Muhasabah. Suruh Anwar untuk muhasabah. Tolong lihat dirinya sendiri.

Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata terpulang kepada mana-mana pemimpin yang sedang disiasat untuk bercuti atau meneruskan tugas selagi belum dibuktikan bersalah.

Sumber: MalaysiaKini