Trending

Mahkamah Arah 18 Penuntut UPNM Bela Diri, Bersalah Atau Tidak? Ini Penjelasan Bekas Peguambela

Reading Time: 2 minutes

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) membela diri dalam kes kematian membabitkan Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, dua tahun lalu.

Sementara itu hanya seorang tertuduh bebas mutlak iaitu Muhammad Akmal Akif Alias, 23, yang dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan mencederakan Zulfarhan Osman.

Kesemua tertuduh yang berusia 23 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 sehingga menyebabkan kematian.

Pertuduhan terhadap mereka, yang dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Keenam-enam tertuduh bersama 12 penuntut yang lain turut diarah membela diri atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Sujud Syukur

Di media sosial netizen yang kurang tahu tentang arahan mahkamah ini saling berkongsi ilmu dan pendapat mengenai perkara ini. Menurut seorang peguambela yang dikenali sebagai Kamarul, pendakwaaan sudah dapat buktikan adanya elemen pembunuhan. Peringkat seterusnya peguam bela akan berhujah bagi membuktikan ada keraguan dalam kes bunuh anak guam mereka.

TERTUDUH DIARAH BELA DIRI

1. Muhammad Akmal Zuhairi Azmal

2. Muhammad Azamuddin Mad Sofi

3. Muhammad Najib Mohd Razi

4. Muhammad Afif Najmudin Azahat

5. Mohamad Shobirin Sabri

6. Abdoul Hakeem Mohd Ali

7. Mohd Hafiz Fauzan Ismail

8. Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain

9. Ahmad Shafwan Berdal

10. Muhammad Amirul Asraff Mala

11. Luqman Hakim Shamsuri

12. Muhammad Sufi Mohd Mustapha

13. Noriznan Izzairi Noor Azhar

14. Muhamad Ashraf Abdullah

15. Muhammad Danial Firdaus Azmir

16. Muhammad Hasif Ismail

17. Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany

18. Mohamad Syazwan Musa

TERTUDUH BEBAS

19. Muhammad Akmal Akif Alias

Sumber: Harian Metro