Hiburan

Lepas Shuib, Giliran Aliff Syukri Pula ‘Angkat’ Ysuku

Reading Time: < 1 minute

Demam motosikal Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai ‘Ysuku’ semakin menjadi-jadi. Selepas menjadi motosikal pilihan dalam kalangan selebriti seperti Zizan, Shuib dan Jep Sepahtu, giliran usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri pula memiliki motosikal kegemaran ramai itu.

Menerusi posting terkini di akaun media sosial miliknya, motosikal Ysuku Aliff Syukri telah pun selamat dihantar namun beliau kelihatan tidak berpuas hati dengan motosikal tersebut yang dihantar dalam keadaan ‘standard’ tanpa sebarang modifikasi seperti yang dipinta.

Tapi awak janji dengan saya, awak nak buat baru tapi kenapa tak ada apa-apa penambahan pun? Saya nak terus yang power. Saya nak jadi juara nombor satu Ysuku dekat Malaysia.

View this post on Instagram

apa patut abg perlu tmbah eksosori lagi?? nak tambah laju ke apa?? full bedio abang dah posting di youtube.. @ggrmachine @ggrmachine . . . . . . Kepada korang yang ingin menonton .. kehidupan Abang satu family.. jangan lupa saya subcride YouTube ang tvTelajak laris abang selalu upload video yang terbaru dan lebih panjang dan menyeronokkan dan kepada anda yang saya skrap YouTube tv Telajak laris anda bakal mendapat hadiah berupa iPhone dah Subcride ke belum?? . . . #Ohabangkosmetik #AsLegacy #TerlajakLaris #todaysoutfit #OOTD #dailylook #menswear #mensweardaily #menstyle #streetstyleguys #stylish #inspofashion #manfashion #instadaily #instagoods #picoftheday #photooftheday #vintage #fashiondiaries #casualoutfit #streetfashion #summer #trendy #Ohabangkosmetik #AsLegacy #TerlajakLaris #todaysoutfit #dailylook #menswear #mensweardaily #menstyle #stylish #manfashion #instadaily #instagoods #picoftheday #photooftheday #vintage #fashiondiaries #stretfashion #summer #trendy #ggrmachine #teamaraipaima #asproject

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Beberapa hari lalu Aliff Syukri berkunjung ke sebuah kedai motor bagi membeli Ysuku. Di dalam video tersebut, Aliff Syukri mengeluarkan sejumlah wang bagi membuat bayaran untuk motosikal yang bakal dibelinya. Gelagat Aliff Syukri itu mendapat perhatian netizen.