Trending

Kecoh Harimau Masuk Kampung Di Terengganu

Reading Time: < 1 minute

Penduduk Kampung Besol, Bukit Besi dekat Dungun Terengganu semalam digemparkan dengan kehadiran dua ekor harimau yang berkeliaran di kawasan kediaman mereka. Menerusi beberapa rakaman yang disiarkan di media sosial, harimau terbabit kelihatan sangat kurus dan kelaparan.

Sementara itu seorang penduduk kampung, Mohamad Harun menceritakan detik cemas apabila bahagian belakang badannya dijilat harimau berkenaan sebelum dia bertindak mengetuk kepala harimau itu.

Ketika itu, saya memegang tangga sambil mendongak ke atas melihat anak membaiki bumbung rumah. Bagaimanapun, bahagian belakang saya tiba-tiba terasa basah seperti dijilat dan saya menyangka anak bongsu bermain di belakang.

Selepas dua kali mengetuknya, saya terasa ia berbulu dan sebaik menoleh, saya terkejut apabila melihat seekor harimau jantan setinggi lebih satu meter di belakang.

Mohamad bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana terselamat daripada menjadi mangsa harimau tersebut.

Menerusi laporan Hmetro, Pengarah PERHILITAN Terengganu Dr Abdul Malik Mohd Yusuf mengesahkan ada menerima laporan mengenai kehadiran haiwan itu dan pihaknya sedang mengesan harimau itu yang telah pun masuk ke dalam hutan berhampiran.

MENDEBARKAN. HARIMAU SESAT KE TEPI JALAN

HARIMAU SESAT KE TEPI JALAN.Dari mana datangnya Harimau Malaya tu??? Lokasi Bukit Besi Dungun

Posted by Friends Of PDRM on Khamis, 18 Julai 2019

Sumber: Harian Metro