Trending

Jaringan Cantik Dari Tengah Padang Harry Kane Tewaskan Juventus

Reading Time: < 1 minute

Jaringan cantik pada masa tambahan perlawanan oleh Harry Kane membuatkan Juventus putih mata selepas tewas 2 – 3 kepada Tottenham Hotspur dalam perlawanan pertama International Champions Cup. Semuanya bagaikan tidak kena apabila beberapa kesilapan dari pemain Juventus dihukum dengan jaringan gol oleh Tottenham.

Tottenham memperoleh gol pertama pada minit ke-30 menerusi jaringan pemain kreatif Erik Lamela disusuli jaringan kedua pada minit ke-65 oleh Lucas Moura. Gol Juventus pula disumbang Gonzalo Higuan dan Ronaldo.

Ketika permainan tampak bakal berakhir dengan keputusan seri, kesilapan benteng pertahanan Juventus yang gagal menghantar bola dengan sempurna disudahkan oleh jaringan cantik Harry Kane dari tengah padang. Memang lawa gol dia! Jom saksikan!