Trending

Jabatan Agama Islam Pahang Sahkan ‘Zikir Berdiri’ Bukan Ajaran Sesat

Reading Time: < 1 minute

Minggu lalu viral di media sosial satu klip video yang menunjukkan sekumpulan jemaah yang terdiri daripada jemaah lelaki dan wanita seakan-akan sedang berzikir sambil berdiri dan menggoyangkan badan di dalam sebuah surau.

Kejadian yang berlaku di Ulu Tembeling Pahang itu mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang bertindak pantas memanggil beberapa individu bagi melakukan siasatan.

Terbaru, menurut laporan Harian Metro, bahagian akidah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesahkan ritual itu bukanlah ajaran sesat ataupun amalan terpesong daripada syariat Islam sebagaimana didakwa orang ramai.

Sebenarnya ia adalah kaedah zikir yang menjadi amalan dalam tarekat Ahmadiyaah Idrissiyyah dan tarekat ini adalah aliran diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai tidak bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.

Tambah JAIP, pihak berwajib akan melakukan pemantauan dan tindakan segera sekiranya wujud aktiviti penyelewengan akidah.

Saya harap orang ramai tidak cepat menghukum sesuatu sebagai sesat sehinggalah ia benar-benar melanggar batas akidah dan hukum syarak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh sebelum ini dilaporkan berkata, aktiviti itu sah menyimpang dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebelum ianya diputuskan tidak sesat oleh JAIP dan JHEAT.

Sumber: Harian Metro