Trending

Dugaan Allah Datangkan Untuk Kami – Restoran Suami Nadya Syahera Terbakar

Reading Time: < 1 minute

Baru sahaja reda dengan kisah rumahtangga yang dikatakan berantakan tempoh hari, restoran The Golok Cafe milik suami Nadya Syahera terbakar dalam satu kejadian yang berlaku malam tadi.

Menurut laporan awal, kebakaran dikatakan berpunca daripada kebocoran salah satu tong gas yang digunakan untuk memasak.

Menerusi perkongsi terbaru di akaun Instagram milik Nadya, dia mengesahkan hanya seorang pekerja sahaja yang tercedera dalam kejadian itu.

Allahuakbar! Dugaan allah datangkan utk kami. Restoran The Golok Cafe terbakar. Punca daripada gas bocor. Alhamdulillah semua sempat selamatkan diri. Cuma ada sorang staff saja yg cedera.

Minta maaf kepada semua customer yg ada semasa kejadian tadi. Dan kami halalkan semua yg makan di restoran kami td. Doakan urusan kami dipermudahkn.

The Golok Cafe, milik Fizul Nawi terletak di Sekyen 7 Shah Alam berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM).